Monday, August 2, 2010

MINGGU 3: JURNAL REFLEKSI

Assalammualaikum…..

Pada minggu ke-3 ini kursus ini telah masuk tajuk baru dalam sesi pembelajaran yang berlaku. Terdapat tiga tajuk kecil dalam sesi pembelajaran minggu 3 ini iaitu kaedah klasifikasi muzik tradisonal malaysia, kategori muzik tradisonal malaysia, dan ciri-ciri muzik tradisional malaysia.

Dalam tajuk pertama saya dapat tahu perspektif Adaptasi Dan Idiosinkretik dengan jelas kerana sebelum masuk kuliah ini saya tida menyetahui tentang perspektif ini. Perspektif adaptasi dengan kata lain penyesuaian ialah alat muzik yang digesek, dipalu, diketuk, ditiup akan tindak balas mengikut keadaan ekologi. Ia dipengaruhi oleh budaya setempat seperti suara, mode muzik, pembuatan dan hiasan. Contoh di Malaysia ialah Ghazal Johor. Manakala bagi perspektif Idiosinkretik pula tidak melibatkan apa-apa perubahan, bentuk asal tidak berubah dan mengekalkan sifat semula jadi. Contohnya Gambus berasal dari Timur Tengah dan sampai ke Tanah Malayu pada abad ke-14.



Dalam tajuk Klasifikasi alat muzik minggu lagu kami hanya tahu klasifikasi alat muzik menyikut budaya barat iaitu sistem taksonomy terdapat 4 klasifikasi iaitu Idiophone, kordofon, membranophone, dan aerofon. Pada minggu ini kami dapat belajar dalam mengklasifikasikan alat muzik melalui budaya cina dan india. Bagi budaya cina, mereka klasifikasikan alat muzik mereka dengan Logam, Batu, Kain, Tanah, Kulit, Labu Kering, Buluh, dan Kayu. Manakala bagi budaya india pula klasifikasi alat muzik mereka dengan Gong, Simbal, Loceng, Gendang (drums), Alat bertali (strings), dan Alat tiupan (winds)

Tajuk seterusnya ialah ciri-ciri utama dalam muzik tradiasional Malaysia, terdapat lima ketegori utama dalam muzik tradisional Malaysia iaitu muzik rakyat merujuk kepada muzik masyarakat desa yang tidak mudah berubah seperti wayang kulit, kuda kepang dan zapin.

Muzik Klasik ialah muzik yang di mainkan dalam bandar atau pun istana contohnya gamelan.



Muzik sinkretik ialah gabungan budaya bandar dan desa dalam muzik contohnya tarian, muzik vocal, ghazal, dondang sayang, dan asli.



Muzik kontemp ialah muzik pengaruh barat digubah oleh komposer popular sistem notasi yang sistematik.

Dalam kuliah ini maklumat yang paling banyak saya dapat dalam mempelajari ciri-ciri muzik tradisional. Dalam ciri-ciri muzik tradisional kita dapat bahagikan kepada 6 ciri-ciri iaitu, Muzik Bentuk Seni Lakun Utama (Dramatari) iaitu bercirikan teater dan muzik wilayah, dalam muzik ini alat perkusi menjadi alat utama dalam membentuk ritma utama contohnya, Mak Yung, Wayang Kulit, Mekmulung, Bangsawan, Randai dan Opera Cina.



Seterusnya ialah muzik tarian utama iaitu tradisi muzik yang diiringi dengan tarian dibahagikan kepada dua iaitu tarian kesenian tinggi dengan menggunakan pemuzik dan penari yang terlatih seperti tarian asyik dan joget. Tarian kesenian rakyat seperti ngajat, datun julud, tarian sumazau dan muzik tarian singa.



Ciri muzik seterusnya ialah muzik ensembel genderang ialah muzik yang diiringi bentuk tarian utama Iringi aktiviti kerja, upacara dan ritual tertentu atau seni mempertahankan diri contohnya kompang dan lain-lain.



Maklumat yang baru dalam ciri yang seterusnya iaitu muzik vocal dan instrumental solo, dalam ciri ini melibatkan seluruh masyarakat iaitu melalui tersebarnya sastera lisan melalui nyanyian dalam kalangan kaum. Ciri ini melibatkan kemahiran yang ditunjukkan dalam setiap kaum itu. Contoh Vokal: Zikir, Lagu Menyambut Tetamu (Kayan), Pantun (Kenyah), Wa (berbentuk cerita-Kaum Kajang), Kui (Kisah penanaman padi), Timang (Iban) manakala Contoh Instrumental: Organ mulut (Keluri, Sompoton, Seruling, Suling, Nabat), Ziter (Krem, Satong, Kecapi, sapeh, Sudatang, gagayan)

Ciri yang seterusnya dalam tajuk minggu yang ke-3 ini lebih kepada muzik hiburan, keramaian dan majlis perayaan iaitu muzik ensembel sosial popular. Ia menhasilkan muzik senkretik iaitu gabungan muzik tempatan dengan muzik budaya luar. Contoh Ronggeng, Dondang Sayang, Keroncong, Dikir Barat, Orkestra Cina Moden (Huayue Tuan)

Ciri muzik tradisional malaysia yang terakhir ialah muzik bentuk lain seperti Bentuk Seni Lakon -Rodat, Hadrah, Ghazal (ensembel Sinkretik, Muzik yang berkaitan dengan seni penceritaan (Randai), Tok Slampit (diiringi rebab 3 tali), Awang Batil, Jubang Linggang (bentuk nyanyian tanpa alat muzik), Kaba (Minangkabau-Rebab), Boria, Menora, Orkestra Klasik India, Muzik Masyarakat Portugis Melaka

Pada kuliah minggu ke-3 ini terdapat banyak maklumat baru yang saya dapat setelah menghadiri kuliah ini. Antaranya dapa mengetahui dan membuat klasifikasi kan alat-alat muzik tradisional termasuklah budaya Cina dengan India. Mengetahui ketegori muzik tradisional yang ada di Malaysia dan dapat memahami ciri-ciri muzik tradisional yang ada di Malaysia.

Sekian Terima kasih…

2 comments:

Marlin on August 2, 2010 at 6:18 PM said...

Gambar dan video yang menarik Azrul. Tahniah!

smp2252mohdazrul on August 4, 2010 at 1:53 AM said...

timah kasih marlin.....eheheh

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMPULAN A

BLOG PELAJAR KUMPULAN B

BOLG PELAJAR KUMPULAN C

SMP 2252 MOHD AZRUL Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template