Pada kuliah minggu kedua ini terdapat banyak maklumat serta tambahan ilmu yang saya perolehi setelah mengikuti kursus ini. Yang lebih menarik minat saya untuk terus mengikuti kuliah ini kerana dalam proses pembelajaran terdapat tambahan vedio yang menarik dan seterusnya memudahkan para pelajar termasuk saya mengikutinya dengan berkesan.
Saya memang minat mendengar muzik tetapi saya tidak sedar bahawa terdapat banyak lagi pengetahuan yang perlu saya tambah untuk mendalami muzik yang saya dengar. Adakah saya mendengar sekadar untuk hiburkan hati atau pun hendak berseronok??. Ternyata pengetahuan saya dalam muzik masih belum banyak lagi. Memang saya pandai bermain muzik tapi belum tentu saya pandai mendengar dengan baik.
Setelah mengikuti kuliah minggu kedua ini, terdapat banyak tambahan ilmu yang saya perolehi antaranya ialah makna dan konsep Soundscapes, Budaya dalam muzik termasuklah kompenen-kompenen budaya, Sejarah Muzik Tradisional di Malaysia, Mengenal pasti ketegori-ketegori alat muzik sama ada Kordofon, Membranofon, Aerofon dan Idiofon, Struktur dan konsep muzik. Pada mula kuliah minggu kedua bermula, kami diajar untuk mendengar dengan mengenalpasti bunyi yang terdapat dalam hutan dalam bentuk audio. Tujuan pembelajaran ini adalah untuk mengukuhkan lagi proses pemahaman serta tumpuan pelajar dalam pembelajaran yang di berikan pada hari itu.
Sebelum saya mengikuti kuliah ini saya kurang mengenali budaya muzik, padahal hari-hari saya dengar muzik tapi saya tidak tahu asal-usul muzik. Setelah saya belajar dalam kuliah ini barulah saya dapat mengetahui makna budaya muzik sebenarnya iaitu penglibatan menyeluruh berkaitan muzik seperti idea, aksi, institusi, material (peralatan, pakaian dan sebagainya). Selain itu saya dapat satu maklumat baru iaitu budaya yang terdapat dalam dunia ini adalah pelbagai dan mempunyai keunikan yang tersendiri.
Dalam tajuk ketiga dalam kuliah minggu kedua ini, dapat mempelajari dan menambah ilmu dalam sejarah muzik tradisional Malaysia. Tahukah anda bahawa pada zaman dahulu melayu lama temasuklah Malaysia, Indonesia, sebahagian Thai, Kampuchea, dan Flipina terdapat banyak persamaan alat serta stuktruk muzik yang dipengaruhi unsur-unsur Timur Tengah, India dan China kerana pada masa itu kegiatan perdagangan di Tanah Melayu adalah berkembang pesat.Hal ini menyebabkan terdapat kepelbagaian genre dalam muzik tradional Malaysia.
Pergerakan pengaruh di Tanah Melayu juga dapat kami belajar dan mengetahui untuk memahami lagi bagaimana pengaruh budaya muzik dari duda lain dapat masuk dalam budaya melayu Khususnya Malaysia sekarang. Bermula di Benua Asia ke Kepulauan Pasifik 3000sm. Kemudian ke Proto Melayu 300 sm bergerak ke lembah/dataran (Asia Tenggara/Melayu Serantau), seterusnya Deutro Melayu penganut agama animisme penggunaan jampi serapah memuja semangat Cth-Wayang Kulit. Pengarauh Pedagang India iaitu Epik Ramayana/ Mabharata (Penggunaan Alat Muzik – Gendang dan Serunai) Kerajaan Hindu Funan (1-627 TM) – Delta Mekong, Langkasuka dan Kedah Kerajaan Seriwijaya – Palembang di Sumatera Selatan 1292 –sekurun diperintah Kerajaan Hindu Majapahit Semua yang disebut tadi Kebudayaan Melayu Lama.
Benua Asia.
Terdapat juga pengaruh Arab dan India pada kurun ke-13. Dalam kegiatan seni ketika ini banyak dipengaruhi berunsur hindu iaitu kepercayaan animisme Sifat terbuka Islam menerima budaya terdahulu dan menyerap cerita dan lagenda Islam menyebabkan wujudnya Zapin, Hadrah, rodat, dabus, rebana dan gong. Pada kuliah tersebut yang menarik minat saya ialah ketika pensyarah iaitu En Amran menayangkan pengaruh Indonesia iaitu video Kuda Kepang, dalam video ini sesuatu yang baru saya perolehi apabila dapat melihat masyarakat yang mengadakan upacara itu seolah-olah terasuk oleh semangat yang masuk dalam diri mereka ketika menari-nari bersama-sama kuda kepang itu.
Sebelum ini saya kurang tahu mengelaskan atau mengkategorikan alat muzik yang sedia, setelah mengikuti kuliah ini baru saya dapat mengelaskan alat muzik ini. Yang pertama ialah Kordofon, iaitu alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana adanya getaran pada tali yang ditegangkan contohnya violin,viola, gitar dan sebagainya. Membranofon ialah alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit atau membrane yang ditegang dan dipalu seperti Alat-alat muzik rebab, sape dan lain-lain tergolong dalam kategori ini, Aerofon ialah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara seperti trumpet, trombone dan sebagainya, Idiofon alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindakbalas pada rangka badan yang bergema.
Yang paling penting dalam pembelajaran kuliah minggu kedua ini ialah struktur atau konsep muzik. Saya dapat belajar 6 struktur dan konsep muzik yang paling penting dalam muzik mesti ada ialah melodi merujuk kepada pic yang disusun, kemudian ritma atau meter, harmoni iaitu kord dalam lagu, bentuk atau form lagu yang disusun notasi, ekpresi atau tafsir yang dapat disampaikan dalam lagu melalui tingkat dinamik lagu.
Setelah mengikut kuliah ini pembaharuan yang ada faedah yang saya dapat ialah dapat menambah ilmu tentang muzik dan dapat menghayati muzik kerana tahu serba sedikit asal usul muzik setelah mempelajari sejarah perkembangan budaya muzik.
Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment