Pada minggu ke 14 adalah minggu yang terakhir dalam kursus ini, banyak perkara yang kami perolehi setelah mengikuti kursus ini hingga ke akhir kursus ini. Tidak lupa juga yang telah banyak berbakti kepada kami iaitu pensyarah kami dengan ucapan terima kasih. Dan tak lupa juga rakan-rakan sekelas yang telah bersama-sama belajar untuk mendalami kursus ini.
Banyak perkara yang kami dapat dalam mengambil kursus ini iaitu dari segi teknikalnya ialah kami dapat belajar cara untuk membangunkan blog sendiri dengan menggunakan teknologi yang sedia ada dan mengajar kami untuk menulis refeksi untuk setiap minggu dan kemudian di postkan di bolg individu masing-masing. Sebelum ini, saya tidak tahu cara bagaimana untuk membuat blog sendiri, namun, setelah mempelajari dan mengikuti kursus ini saya dapat membuat blog sendiri.
Dari segi kandungan kursus ini pula, banyak tajuk-tajuk yang saya pelajari dalam mengikuti kursus ini dalam muzik tradisional Malaysia. Sebelum ini jika saya ditanya tentang Muziik tradisional Malaysia pasti saya akan membayangkan satu kumpulan pemain Kompang dan Pemain gamelan. Tetapi sebenarnya banyak benda lagi yang saya tidak tahu lebih mendalam. Yang paling menarik dalan kandungan kursus ini ialah tajuk Wayang kulit. Banyak input maklumat yang saya perolehi daripada tajuk ini.
Pendekatan pensyarah dalam system pengajaran beliau untuk memahami para pelajar amat berkesan. Hal ini kerana, Pensyarah kami iaitu En Amran amat menekankan tumpuan dalam kelas. Dengan cara yang berkesan untuk menarik minat para pelajarnya, Beliau banyak menggunakan alat bantu mengajar yang berbentuk teknologi, Salah satu contoh adalah menayangkan Video sebelum kuliah bermula. Dengan cara ini tumpuan pelajar terhadap pengajaran akan menjadi 100%. Yang paling berkesan pendekatan beliau ialah penggunaan Blog dalam menyampaikan Refleksi setiap minggu. Setiap minggu pelajar akan membuat Refleksi pembelajaran kuliah. Hal ini banyak membantu kami, sebab apa saya berkata begitu, saya amat kagum dengan pendekatan ini kerana amat berkesan. Setiap tajuk saya dapat ingat kerana bantuan jurnal refleksi ini.
Pembentangan kumpulan juga banyak member input maklumat kerana dengan kajian luar yang telah dijalankan oleh setiap kumpulan, banyak perkara-perkara baru yang dapat dikongsikan dalam kelas.
Sebagai kesimpulan, Kursus ini amat menarik dan bagus diteruskan dan saya harap bagi pelajar yang seterusnya mengambil kursus ini dapat memjadikan kursus ini lebih terbaik…
Sekian terima kasih.
SOAL SELIDIK PENDEKATAN P&P PENSYARAH SMP2252
-
Salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi memberikan kerjasama untuk
mengisi soal selidik ini. Ianya mengandungi 8 soalan pilihan dan 4 soalan
terbuka. B...
13 years ago
5 comments:
Selamat maju jaya dalam peperiksaan nanti...=)
semoga apa yang diperolehi sepanjang kuliah minggu 1 - 14 dapat dimanfaatkan sama ada dalam peperiksaan mahupun di masa akan datang. selamat maju jaya
moga semua ilmu yg disampaikan akan kita pelajari dan amalkan. Bukan hnya belajar untuk peperiksaan.
Ya...... memang banyak perkara yang kita pelajari daripada kursus ini terutamanya pembangunan blog.... Tahniah Azrul......:)
Semoga teruskan usaha untuk mencapai apa yang di inginkan!!
Post a Comment