Friday, October 29, 2010

Minggu 13 : Jurnal Refleksi



Kuliah pada minggu ini adalah kuliah yang terakhir yang kami pelajari iaitu tajuk kuliah ialah Tarian Singa. Saya akan ceritakan serba sedikit kuiah pada munggu ini berkenaan dengan Tarian Singa. Tarian Singa adalah adat warisan masyarakat cina yang diwarisi secara tradisional iaitu penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Yang menggagumkan adalah kostom singa yang dimainkan dengan dua orang di lihat seolah-olah seekor singa membuat pergerakannya. Singa ini akan diiringi denga alat muzik gong, dram dan dentuman mercin yang dipercayai oleh masyarakat cina akan membawa tuah.


Latar belakang Tarian singa ini pua mengenai sejarah Tarian singa ini. Sejarah bermula apabia singa dianggap sebagai perlindung dalam kebanyakan adat istiadat orang asia khususnya masyarakat cina. Bukan saja di Negara China malah ada juga di buat di Negara Taiwan, Jepun, Korea, Thailand dan Vietnam. Setiap Negara mempunyai corak dan bentuk yang tersendiri. Dibawah masuk ke Malaysia pada abad ke 19 oleh penghijrahan masyarakat cina dari Tanah Besar Cina.


Terdapat dua jenis tarian mengikut kawasan iaitu yang pertama tarian Singa Selatan iaitu lebih membawa perlambangan alam sekitar dan selalu dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara meminta tuah. Dalam persembahan akan menggunakan sehelai kain yang panjang nya 2 meter, kain dicat warna hitam, merah, putih hijau dan biru dan pada kain itu diletakkan loceng kecil, warna-warna di atas badan melambangkan kekuatan, kecergasan dan bertenaga. Warna dan kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya. Sekarang ini hanya satu tarian (Tarian Chai Ching) yang dipersembahkan dari rumah ke rumah ketika Tahun Baru Cina. Dalam persembahan singa akan mengembara mencari makanan dalam keadaan sedih, gembira dan marah dan klimaks dalam persembahan singa akan memakan sayur hijau (ching) dan mendapatkan angpow yang diikat pada sebatang buluh .


Manakala bagi tarian singa Utara pula berasal dari bahagian utara China yang akan menggunakan tarian singa sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna merah, jingga dan kuning (hijau bagi kostum singa betina). Lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.Mempunyai badan, ekor dan kaki yang berbulu dan Suka bergurau Persembahan bersifat pementasan akrobatik.





Alat muzik yang digunakan dalam tarian singah ialah ensembel genderang Luo Gu-Gong dan gendang. Luo diperbuat daripada ging gansa yang berbingkai nipis. Berbeza dengan gong melayu kerana mempunyai permukaan yang rata dan eper dipukul dengan kayu pemukul. Alat ini digantung dan pemain akan meletakkan satu tangan dibahagian belakang untuk mengawal bunyi yang dihasilkan semasa dimainan. Alat yang seterusnya yang turut digunakan dalam muzik tarian singa ini ialah Bo merupakan simbal yang diperbuat daripada gangsa. Alat ini dipegang dan dipukul bersama oeh pemain. Alat muzik yang seterusnya ialah Chebagu ialah gendang besar berbentuk tong yang mempunyai satu permukaan kulit pada bahagian atas yang dipakukan pada badan kayu dengan paku besi. Dalam dram terdapat beberapa dawai yang berfungsi sebagai membentuk warna ton yang berlainan.


Dalam muzik tarian singa pula akan dimulakan dengan muzik gendering bermeter duple dan tekstur polifoni. Corak ritma gendang dihubungkait dengan gerakan singa. Biasanya lagu yang digunakan adalah “Gendang 7 Bintang mengiringi Tarian Chai Ching. Dalam lagu ini terdapat 5 bahagian mengikut gerakan singa yang pertama ialah kemunculan singa dengan titiran pada drum atau Chebagu, kemudian diikuti dengan Singa Menyembah juga dengan titiran, seterusnya Singa berjalan dengan Irama bertitik, seterusnya Singa Menjumpai makanan dengan titiran dan bahagian terakhir biasanya berulang dengan Kemunculan singa dan Singa berjalan.
Sebagai kesimpulan, tajuk ini amat menarik dan banyak benda serta maklumat yang baru saya dan juga rakan-rakan dapat.




Sekian Terima Kasih…..

4 comments:

SMP2252 SING YING on October 30, 2010 at 3:40 PM said...

Ringkasan mengenai tarian singa masyarakat cina yang jelas. Syabas !

Terima kasih kerana anda menghargai dan minat dengan tradisional masyarakat cina. =P

SMP2252 SALWA on October 31, 2010 at 7:38 AM said...

Ulasan yang begitu mudah untuk difahami, memang menarik tarian singa ini sebab itulah secara tidak langsung kami meminatinya Sing Ying...moga bangsa lain juga dapat mempelajari tekninya...1 Malaysia...semuanya boleh

SMP2252 TARMIZI on November 1, 2010 at 12:08 AM said...

Selamat maju jaya dan sukses selalu..

Crypto Technical Helpline on December 25, 2018 at 1:37 PM said...

Are you stocked up of facing failed errors while purchasing XRP? Do you know how to subdue such issues without taking much pain? Well, explanations to your enigmas are just one call away. So, take your phone and dial Gdax support number and get joined with the team of administrators who are always there to support you without any time boundaries. They are always ready to help the users by producing quality solutions and also presenting full-fledged assistance related to the error.

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMPULAN A

BLOG PELAJAR KUMPULAN B

BOLG PELAJAR KUMPULAN C

SMP 2252 MOHD AZRUL Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template