Tuesday, October 26, 2010

Minggu 12 : Jurnal Refleksi

Assalammualaikum dan salam satu Malaysia,

Pada minggu ke 12 ini, kuliah diteruskan dengan tajuk kuliah yang lain iaitu gendang 24 musim. Gendang 24 musim popular di Malaysia dengan diasaskan oleh seorang guru muzik iaitu Encik Chen Wei Chong di Johor Bharu iaitu pada 12 jun 1988. Gendang 24 musim ini berasal daripada Negara China. Nama muzim itu ditulis pada gendang dengan lakirafi cina. Gendang 24 musim adalah berdasarkan kepada 4 musim besar iaitu musim bunga, musim panas, musim gugur dan musim dingin. Kemudiam dalam setiap musim besar itu dibahagikan lagi kepada 6 musim kecil, musim kecil ini berkaitan juga dengan jadual perkerjaan petani di Negara China. Mengikut kalendar Cina, petani akan tahu masa mereka patut membajak tanah, menyemai, menuai dan aktiviti-aktiviti pertanian yang lain. Koreografi pergerakan pemuzik juga mengikut aksi aktiviti-aktiviti pertanian dan mempamerkan suasana meriah.



Gaya Persembahan

Pakaian yang digunakan dalam memainkan gendang 24 musim ini akan menggunakan pakaian kostum tradisional lelaki cina. Mereka juga menggunakan prop lain seperti bendera berwarna-warni, kain panjang berwarna dan juga topeng. Persembahan ini tidak terhad kepada perayaan bersar kaum cina sahaja, malah ada juga dipersembahkan dalam majlis kerajaan.


Alat muzik yang digunakan dalam Gendang 24 musim.




Alat muzik yang digunakan ialah 24 buah gendang shigu, iaitu dram tarian singa. Ada juga menggunakan gendang longgu. Namun terdapat juga persamaan antara kedua-dua buah gendang ini dan merupakan gendang besar berbentuk tong. Permukaan Gendang ini mempunyai satu muka kulit kerbau atau lembu pada bahagian atas yang dipaku pada bahan kayu dengan paku besi. Manakala di dalam gendang ini terdapat beberapa dawai besi seperti spring yang memberikan warna ton istimewa. Gendang ini diletakkan di atas rak kayu berkaki empat. Muka kulit gendang dipukul dengan menggunakan dua pemukul kayu.

2 comments:

CHRISTINE on October 28, 2010 at 5:03 PM said...

video yang menarik, nampaknya perempuan juga boleh mempunyai penampilan yang perkasa...sepatutnya memberi sedikit pendapat anda tentang gendang 24 musim ini... teruskan perjuangan!!

Allison Damien on December 26, 2018 at 5:19 PM said...

Are you trapped in email activation problem in Bithumb ? Do you want to make this error as soon as possible so that your email account get confirmed? Well, your answer is just one call away. Dial Bithumb Customer Service Number 1800-665-6722 which is always convenient 24/7 and you will be combined to the team who is available to control you. The professionals are always at your co-operation and help users in every possible way by providing appropriate solutions and remedies.

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMPULAN A

BLOG PELAJAR KUMPULAN B

BOLG PELAJAR KUMPULAN C

SMP 2252 MOHD AZRUL Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template