Tuesday, October 19, 2010

Minggu 11 : Jurnal Refleksi

Pada minggu ini, kumpulan seterusnya telah membentangkan tentang muzik wayang kulit. Kumpulan ini sangat menarik kerana kumpulan ini telah berjaya mendemokan wayang kulit kepada kami sebelum kuliah berlangsung. Dalam tajuk ini kami telah mempelajari tentang tiga tajuk kecil iaitu jenis wayang kulit, alat-alat muzik yang digunakan dalam wayang kulit, dan perbezaan antara wayang kulit.

Saya ceritakan serba sedikit berkenaan wayang kulit, wayang kulit merupakan teater tradisional kuno di Malaysia, Dalam wayang kulit menceritakan tentang dalang dan bayang-bayang patung di atas kelir yang diiringi oleh muzik yang dimainkan oleh pemuzik berdasarkan jalan cerita yang dipersembahkan.

Dalam Muzik wayang kulit di Malaysia terdapat 4 jenis wayang kulit iaitu, Wayang kulit Jawa, Wayang kulit Gedek, Wayang kulit Melayu, dan Wayang kulit Kelantan.

Wayang Kulit Jawa berasal dari Indonesia, yang dimainkan oleh golongan jawa Selangor dan Johor. Wayang kulit ini bercirikan wayang kulit purba asli berkonsepkan Ramayana dan Mahabrata. Muzik yang digunakan adalah gamelan jawa.

Isi cerita yang dipersembahkan dalam wayang kulit jawa ini menceritakan tentang pendawa yang disadur dari epik Mahabharata yang berkenaan cerita panji iaitu perang. Patung-patung yang digunakan dalam persembahan wayang kulit ini mempunyai persamaan dalam wayang kulit Kelantan Cuma perbezaannya adalah dari segi bentuk mata patung, , iaitu mata Jaitan untuk watak pahlawan, mata pepelangan untuk watak jahat dan mata prebes untuk watak pertapa. Bahasa yang digunakan ialah bahasa jawa dan diselitkan juga bahasa Melayu. Alat muzik yang digunakan ialah Zailofon (Gambang), metalofon gangsa (sarun, demung, slantem, gender), gong-gong berbonggol (Gong Ageng, gong suwukan dan kempul) – Penanda masa) yang diklasifikasikan sebagai Idiofon, dan hanya satu alat Membranofon digunakan iaitu Khendang.

Wayang Gedek pula berasal dari utara semennjung Malaysia, iaitu Perlis dan Kedah. Wayang ini berasal dari Thailand yang menggunakan patung kecil kedudukan muka adalah hadapan. Menggunakan bahasa Thailand dan tempatan, yang dipengaruhi oleh budaya siam. Isi cerita wayang Gedek ini adalah berceritakan tentang isu-isu semasa dan terkini, manakala patung yang digunakan adalah patung-patung ini diukir menghadao ke hadapan. Bahasa yang digunakan ialah Bahasa siam dan juga bahasa Melayu Kedah. Alat muzik yang digunakan mengikut klasifikasi kordofon iaitu Alat yang digesek: Saw oo dan Saw Duang (Kordofon), membranofon iaitu Klong that (geduk), Thon (gedombak), Klong Khaek , aerofon iaitu Alat Aerofon (Shawm) dinamakan Pi atau Pi Jawa, dan idiofon iaitu Alat simbal (Ching), Gong Chime (Mong)

Seterusnya ialah wayang kulit Melayu, berasal dari Indonesia, biasanya dimainkan dalam istana. Dalam Isi cerita Wayang Melayu berdasarkan episod-episod dari epik Mahabharata, terutamanya cerita Pendawa Lima. Wayang ini juga dipengaruhi oleh cerita Panji. Patung yang digunakan dari segi pergerakan, ia menunjukkan persamaan dengan wayang purwo iaitu boleh digerakkan kedua-dua belah tangan patung. Patung wayang ini senang untuk dikenalpasti mengikut kedudukan kepala. Patung berwatak baik biasanya menundukkan kepala ke bawah dan bentuk tubuhnya adalah kecil serta elok. Patung berwatak kasar dan sombong lazimnya berhidung besar serta mendongak ke atas. Bahasa yang digunakan ialah bahasa melayu.

Wayang kulit Kelantan pula semestinya dimainkan oleh penduduk negeri Kelantan. Isi cerita mengenai epik Ramayana tradisi India. Patung digunakan Ia diukir dalam bentuk mengiring dan kebanyakkannya berdiri di atas kenderaan. Dari segi pergerakan mekanikal, hanya tangan di sebelah hadapan yang dapat bergerak sambil memegang alat senjata atau kebesaran lain. Bahasa yang digunakan ialah bahasa Kelantan.

Dalam Kuliah ke 4 ini banyak input maklumat yang saya dan rakan-rakan kami terima dan seterusnya dapat membezakan wayang-wayang kulit yang ada di Malaysia ini.

Di akhir pembentangan terdapat soal jawab antara pelajar dan saya dan rakan-rakan saya amat berpuas ati dengan pembentangan kumpulan ini…

Sekian terima kasih

0 comments:

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMPULAN A

BLOG PELAJAR KUMPULAN B

BOLG PELAJAR KUMPULAN C

SMP 2252 MOHD AZRUL Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template