Tuesday, October 5, 2010

Jurnal Refleksi-Minggu 10

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Pada minggu ini terdapat dua kumpulan telah membuat penbentangan yang sungguh menarik dan selain itu mereka telah membuat kerja lapangan yang sungguh menarik dan memuaskan. Selama saya mengikuti pembentangan mereka ini, terdapat banyak input maklumat yang selama ini saya tidak ketahui dan dapat pada masa pembentangan ini.

Pembentangan pertama telah dibuat oleh kumpulan yang bertajuk Nobat. Saya ceritakan serba sedikit tentang nobat setelah saya faham mengikuti pembentangan mereka ini. Nobat dibawa oleh maharaja Derba Raja yang berasal dari India. Baginda dikatakan orang pertama yang memperkenalkan Nobat dan menjadikannya lambang kebesaran raja-raja. Semasa baginda memerintah Kedah, datang seorang pendeta dari negeri arab bernama Tuan Syeikh Abdullah bin Tuan Syeikh Ahmad. Beliau merantau dari Yaman dan tiba di Kedah pada sekitar tahun 531 H. Beliau telah menyebarkan agama Islam kepada Paduka Maharaja Derba Raja. Penyebaran agama beliau telah berjaya membawa raja dan seluruh rakyat baginda memeluk agama Islam. Nama asal negeri Kedah pula ditukar daripada Qalha kepada Kedah. Syeikh Abdullah juga turut mencadangkan supaya Nobat dimainkan setiap tiba waktu Maghrib, Subuh, dan Isyak, serta hari Jumaat. Sejak itu, Nobat dimainkan pada waktu tersebut sehingga kini. Beralih pula kepada pendapat Kalur Besar Nobat Kedah yang pernah bertugas di era pemerintahan sultan Abdul Hamid Shah, iaitu Encik Hanafi. Menurut catatan allahyarham yang disimpan oleh Tuan Syed Idrus iaitu bekas Penolong Setiausaha Kerajaan Kedah, menjelaskan bahawa Nobat telah dipinjam daripada kebudayaan Hindu. Ia kekal sebagai adat DiRaja dan kekal hingga kini. Nobat juga dihormati dan dimuliakan serta dipatuhi pantang larangnya oleh keturunan Kesultanan Kedah. Dikatakan juga kononnya Nobat telah bertapak sejak zaman Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam. Disebabkan alasan ini maka ia wajar dihormati, dimuliakan dan dianggap keramat oleh rakyat.

Kumpulan kedua telah membentangkan tentang orchestra cina moden. Saya ceritakan serba sedikit tentang sejarah Orkestra ini, masyarakat Cina memulakan permainan muzik di istana, dengan perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama yang dipercayai bermula pada tahun 2697 SM. Sejarahnya bermula dengan Maharaja Huang Ti telah mengarahkan orang untuk mencari paip buluh yang boleh mengeluarkan bunyi sama seperti bunyi burung Phoenix dengan tujuan mendapatkan muzik berharmoni dengan alam semesta. Antara alat muzik yang wujud ialah drum, alat muzik tiupan dan alat muzik dawai yang diperbuat daripada perunggu pada makam bangsawan Yi.

Di akhir pembentangan saya sangat berpuas hati dan berterima kasih kepada kedua-dua pembentang kerana telah membentangkan tajuk mereka dengan baik. Pada minggu seterusnya saya mengharap kumpuran terakhir yang bertajuk Wayang Kuit akan membentangkan tajuk mereka dengan baik dan menarik.

Sekian terima kasih…….

1 comments:

SMP2252 SALWA on October 31, 2010 at 7:35 AM said...

Betul Azrul..memang lengkap input yang diberikan mereka...jika tidak sampai sekarang kita tidak tahu bagaimana nobat dilaksanakan dan penambahan ilmu mengenai okestra cina banyak membantu meningkatkan pengetahuan kita...Syabas

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMPULAN A

BLOG PELAJAR KUMPULAN B

BOLG PELAJAR KUMPULAN C

SMP 2252 MOHD AZRUL Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template