Assalammualaikum dan selamat sejahtera..
Pada minggu ini kumpulan kami telah Berjaya membentangkan tajuk yang diberikan iaitu Mak Yung. Sebelum memulakan pembentangan Dekan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan telah hadir bersama untuk membuat pengenalan lebih lanjut tentang Muzik Tradisional. Dan beberapa staf UPSI turut terlibat sama. Pada mulanya Dekan telah memperkenalkan satu persatu alat muzik yang digunakan dalam persembahan Wayang Kulit. Dan seterusnya kumpulan Beliau telah membuat persembahan lagu yang dimainkan dalam persembahan wayang kulit.
Selepas itu, hal ini menjadi cabaran kepada kumpulan kami untuk meneruskan pembentangan yang hendak dimulakan. Kerana tumpuan kelas masih kepada bahagian yang pertama.Untuk mengalihkan tumpuan pelajar dalam kelas. Kumpulan kami telah cuba buat pergerakan atau tarian yang digunakan dalam persembahan Mak Yung yang telah kami pelajari di Aswara. Aktiviti ini berkesan dan lelajar dapat mengikut video yang telah dipasangkan dan tumpuan pelajar akan kembali kepada pembentangan kami.
Saya adalah pembentang yang kedua yang akan membentangkan tajuk jenis-jenis persembahan Makyung. Adalah sukar untuk memahami pelajar kerana bahan yang saya dapat adalah tidak cukup untuk menjelaskan dengan lebih baik tentang tajuk yang saya hendak bentangkan. Namun pembantangan kumpulan kami berakhir dengan baik dan soal jawab telah berangsung dengan baik.
Sekian terima kasih
0 comments:
Post a Comment