Tuesday, August 17, 2010

Jurnal Reflaksi-Minggu 5

Assalammualaikum,

Minggu ini kami mempelajari 2 jenis muzik tradisional iaitu caklempong dan juga gamelan.Walaupun banyak benda yang kami telah pelajari dalam menganbil kursus caklempong dan gamelan sebelum ini, namun banyak input yang kami dapat dalam mengukuti kuliah ke lima ini.
Terdapat tiga tajuk dalam setiap alat muzik yang kami pelajari pada minggu ini, iaitu kami melihat dari segi sejarah dan jenis-jenis gamelan/caklempong, Alat muzik yang digunakan, dan system tonal, melodi, bentuk dan tekstur dalam lagu yang dimainkan.

Gamelan

Alat muzik ini berasal dari jawa yang membawa maksud dipukul atau ditabuh. Alat muzik yang digunakan diperbuat daripada perunggu, kayu, dan ada juga dari besi dan buluh. Yang menariknya adalah alat-alat muziknya mempunyai larasan yang tetep. Biasanya gamelan dimainkan secara ensembel.



Terdapat dua jenis gamelan iaitu gamelan Melayu dan Gamelan jawa, Gamelan melayu dikenali sebagai gamelan Terengganu ataupun joget gamelan wujud di istana Riau Lingga pada abad ke-18. Perkembangan gamelan ini adalah melalui perkhawinan. Terdapat ketegori alat muzik yang digunakan dalam gamelan melayu ini iaitu gendang, bonang/keromong, saron barung, sarun penerus/pekin, gambang, kenong dan gong.



Manakala bagi Gamelan Jawa pula berasal dari jawa tengah, lagu didominasikan oleh alat muzik gangsa Terdapat alat muzik kordofon, erofon dan membranofon beserta penyanyi perempuan dan lelaki. Dibuat dalam upacara seperti perkhawinan, berkhatan dan sebagainya. Terdapat alat muzik yang digunakan dalam Gamelan ini iaitu gendang (ketipung, jiblon, bem), bonang/keromong, Demung, saron barung, saron penerus/pekin, gambang, kenong, kempol dan gong.



Tekstur gamelan adalah polifoni kerana mempunyai banyak lapisan suara, dan bentuknya adalah berulang-ulang dan Permainan gamelan memerlukan kemahiran muzikal serta teknikal, perasaan yang peka kepada tekstur keseluruhan serta kerjasama dan hubungan yang baik di antara setiap alat atau pemain.



Caklempong



Nama lain bagi caklempong adalah telempong, taklempong, dan talempong. Berasal dari minangkabau, alat muzik yang digunakan ialah bonang, Gereteh, tingkah, sauwa, gendang ibu dan anak bangsi dan serunai.



0 comments:

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMPULAN A

BLOG PELAJAR KUMPULAN B

BOLG PELAJAR KUMPULAN C

SMP 2252 MOHD AZRUL Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template