Sunday, August 22, 2010

MINGGU 6: JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum…

Dalam kuliah ke-6 ini kami telah mempelajari dua tajuk tentang muzik tradisional iaitu Makyung dan juga Kompang. Sebelum ini pengetahuan saya tentang Makyung adalah kurang dan tidak banyak yang saya tahu tenetang makyung ini. Setelah mengikuti kursus ini kami mempelajari sejarah Makying, alat muzik yang digunakan dalam Makyung dan juga elemen-elemen muzik yang ada dalam muzik Makyung itu.

Makyung



Makyung berbentuk seni lakon yang berbentuk lagenda dan juga cerita mitos. Makyung mempunyai asas yang sama tetapi dibentuk melalui identiti dramatic yang berbeza selalunya mengguakan pelakon manusia yang mengisahkan penceritaan. Dalam drama menggunakan dialog, tarian, muzik vocal dan instrumental. Makyung berasal dari Patani dan seterusnya tersebar luas di semenanjung Malaysia, Medan dan Kepulauan Riau-Lingga di Indinesia dibawah naungan Sultan Mohamad ke IV, kemudian bertukar dari tradisi istana ke tradisi rakyat.

Makyung dipersembahkan atas tujuan ritual iaitu melalui Main Puteri untuk tujuan penyembuhan penyakit, persembahan sebagai tujuan penyembahan iaitu aras panggung sama dangan aras tanah. Bagi tujuan persembahannya pula pemuzik dan pelakon yang mengambil peranan sebagai korus duduk di tepi lantai.

Cerita Makyung pula mempunyai cerita asal pada mulanya yang bertajuk Dewa Muda yang menceritakan tentang cerita rakyat. Drama disampaikan melalui dialog, nyanyian, tarian dan diiringi dengan muzik vocal dan instrumental. Watak-watak yang digunakan ialah Pakyung, Makyung, Peran Tua dan Tok Wak dan pada abad ke 20 perempuan memegang sebagai watak utama.

Alat muzik Makyung yang digunakan ialah sepasang gendang, sepasang tetawak dan sebuah rebab 3 tali dan ada juga tamabahan alat muzik digunakan dalam Makyung ini iaitu serunai, geduk dan canai. Alat muzik yang memainkan melodi utama dalam Makyung ini ialah Rebab. Diklasifikasikan dalam kategori Kordofon, badannya diperbuat daripada kayu berbentuk segi siga dan permukaan menggunakan kulit perut lembu. Bonggol kecil dipanggil SUSU diperbuat daripada lilin lebah berfungsi meredam bunyi. Sebatang kayu tebal tanpa fret berfungsi sebagai leher. Bahagian bawah dikenali kaki dan d atas dipanggil kecopong.



Bagi Form atau bentuk lagu dalam muzik Makyung pula mempunyai struktur lagu-lagu ditentukan dalam system gongan. Ia dikawal oleh tetawak dan system kiraan 8 bit, 16 bit, dan 32 bit. Bagi irama punya menggunakan 4 timbre iaitu ‘pak”, “duk”, “cak”, dan “ting” dengan menggunakan gay meningkah dan hamper semua lagu Makyung menggnakan tempoh parlahan.



Kompang.



Kompang berasal dari kebudayaan Arab dikenali sebagai Dufuf, daff, duff, tar atau bendir. Dibawa masuk melalui perdagangan arab dan diklasifikasikan Membaranofon berfungsi dalam masyarakat melayu dalam meraikan perkhawinan, majlis kerain islam, Maulidulrasul dan Berkhatan manakal bagi Masyarakat social kini kompang digunakan dalam menyambut ketibaan pemimpin, acara rasmi.

Dalam memainkan kompang mempunyai adab bermain kompang iaitu pakaian amat dititiberatkan, tidak boleh melentangkan kompang, tidak boleh melambung kompang dan tidak boleh meletakkan arah kulit muka kompang ke lantai.

Bahagian yang penting dalam kompang ialah belulang atau kulit kambing betina dan Belulang baluh dibuat menggunakan kayu nangka. Permainan kompang terbahagi kepada beberapa jenis iaitu Kompang Hadrah, Kompang Johor, Kompag Eizhar dan Kompang Kelalang. Kompang diperolehi dengan pelbagai saiz mengikut umur.



Di akhir pembelajaran kami bermain kompang dengan mempelajari teknik untuk bermain kompang serta rentak-rentak kompang yang digunakan dalam bermain kompang.



Sekian dan terimah kasih

0 comments:

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMPULAN A

BLOG PELAJAR KUMPULAN B

BOLG PELAJAR KUMPULAN C

SMP 2252 MOHD AZRUL Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template