Saturday, August 28, 2010

Jurnal Reflaksi Minggu 7

Assalammualaikum,

Pada minggu ini kuliah berlangsung dengan dua kumpulan membuat pembentangan iaitu kumpulan satu dan juga dua, masing-masing membentangkan tajuk Keroncong dan juga Kuda kepang. Dalam pembentangan ini banyak perkara serta maklumat penting yang saya dan rakan-rakan saya dapat kerana kedua-dua kumpulan membuat pembentangan dengan baik dan penjelasan tentang tajuk mereka sungguh jelas dan mudah difahami.



Kumpulan pertama membentangkan tentang tajuk Keroncong, Sebelum ini saya hanya tahu sedikit saja tentang muzik keroncong ini. Setelah kumpulan mereka membuat pembentakan tentang tajuk ini baru lah jelas saya faham tentang asal usul Keroncong, Alat muzik yang digunakan, dan cirri-ciri muzik keroncong. Sejarah muzik keroncong bermula semasa muzik keroncong dibawah oleh orang Portugis. Kemudian dibawah masuk ke Malaysia sekitar tahun 1940 Di bawa masuk oleh masyarakat jawa yang merantau untuk berdagang atau mencari kerja.

Alat muzik keroncong terdiri daripada 7 jenis alat. Biola (violin), Seruling (flute), Gitar , Ukulele (Cuk), Tenor Banyo (Cak), Cello dan Double Bass. Yang menarik dalam tajuk pembentangan, sebelum ini alat keroncong mengalami perubahan secara perlahan mengikut kesesuaian budaya di Malaysia. Gelang Keroncong merupakan istilah yang telah digunakan sebelum Muzik Keroncong. Ukulele merupakan asal muzik keroncong. Ukelele diiringi oleh tempurung kelapa, kentung bambu, dan sebagainya. Pada awal abad ke-16, alat muzik rebana dimasukan kedalam alat muzik keroncong. Kemudian masuk pula alat muzik mandolin, tetapi hanya bertahan sehingga abad ke 19. Pada tahun 1930 – keterangan oleh supardi dari radio orkestra surakarta harmonika digunakan sebagai alat yang memainkan melodi. Kemudian Violin juga digunakan sebagai alat yang memainkan melodi. Selanjutnya, rebana digantikan dengan petikan gitar. Pada tahun 1934, gitar digantikan dengan Cello yang dipetik secara pizzicato. Akhir tahun 1940, flute dan juga tenor Banyo (Cak) dimasukkan ke dalam ensemble keroncong .
Dari segi form atau bentuk lagu Keroncong pula dapat dikenal pasti beberapa bentuk iaitu, Keroncong Asli, Keroncong Langgam, Stambul dan Keroncong Extra.



Kuda Kepang



Bagi kumpulan kedua pula membentangkan tajuk Kuda Kepang. Dalam tajuk ini mereka telah membuat kerja lapangan dengan menemu bual seorang pengiat Kuda Kepang di Johor. Tetapi Hasil temu bual mereka tidak dapat menjawab semua soalan yang timbul dalam pelajar kenana terdapat banyak yang disembunyikan lagi oleh orang yang ditemu ramah itu.

Sejarah Kuda Kepang berasal dari Jawa dan berbentuk tarian. Alat-alat muzik terdiri daripada gendang jawa, gong, jidur, kenong kuda kepang, saron pekin , angklung dan bonang

Di akhir pembentangan sungguh menarik dan juga maklumat baru yang saya terima tentang fatwa tentang pengharaman Kuda Kepang di Johor. Oleh hal demikian Kuda Kepang menjadi kurang diamalkan dalam kalangan rakyat Malaysia.Fatwa itu menyatakan bahawa pengamal Kuda Kepang adalah Syirik…




Sekian Terima Kasih…..

0 comments:

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMPULAN A

BLOG PELAJAR KUMPULAN B

BOLG PELAJAR KUMPULAN C

SMP 2252 MOHD AZRUL Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template